Skip to main content

Bola Sepak

UECL: West Ham bangkit hidupkan peluang gelaran benam AZ Alkmaar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

said-benrahma.jpg
WEST HAM UNITED 2 AZ ALKMAAR 1

Gol daripada Said Benrahma dan Michail Antonio mengekalkan impian West Ham untuk menjulang trofi pertama dalam tempoh 43 tahun dengan menewaskan AZ Alkmaar 2-1 dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Persidangan Europa (UECL) di Stadium London awal pagi tadi.

The Hammers merupakan pasukan pilihan untuk menewaskan lawan dari Belanda itu tetapi mereka ketinggalan pada minit ke-41 apabila penjaga gol, Alpohnse Areola, melakukan kesilapan di depan gawang untuk membuka peluang buat Tijjani Reijnders menjaringkan gol pembukaan pelawat.

Bagaimanapun, West Ham bernasib baik apabila penjaga gol lawan, Mathew Ryan, gagal menumbuk keluar bola sebelum bertindak menjatuhkan Jarrod Bowen dalam kawasan penalti untuk Benrahma menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-67.

Lapan minit berselang, West Ham berada di depan apabila Antonio memanfaatkan bola muntah susulan tandukan awal Nayef Aguerd untuk berkelebihan satu gol menjelang pertemuan kedua di AFAS Stadion pada Jumaat depan.

Sebagai rekod, kali terakhir West Ham memenangi gelaran peringkat Eropah adalah pada 1965.
 
 

Advertisement

Must Watch Video