Harapan Tottenham dalam saingan Liga Conference Eropah makin pudar selepas mengalami kekalahan 2-1 kepada Mura awal pagi tadi.
Amadej Marosa menjaringkan gol kemenangan dalam masa kecederaan selepas Spurs yang beraksi dengan 10 pemain tewas buat pertama kali di bawah kendalian Antonio Conte.
Sebelum jaringan kemenangan yang disumbat Marosa, saingan Kumpulan G itu nampaknya bakal berkesudahan dengan seri susulan Harry Kane membatalkan jaringan separuh masa pertama Tomi Horvat di Fazanerija.
Pasukan pelawat terpaksa bermain dengan 10 pemain di Slovenia selepas Ryan Sessegnon diarahkan keluar padang kerana mengumpul dua kad kuning dan kini perlu mengatasi Rennes bagi memastikan mereka menamatkan saingan di tempat kedua.

Full-time. pic.twitter.com/olfS2k8Ihs
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) November 25, 2021