UECL: Malang berganda buat Fiorentina
Najmi Iman
Mei 30, 2024 09:17 MYT
Mei 30, 2024 09:17 MYT
Olympiacos 1 Fiorentina 0
Finalis Liga Persidangan Eropah (UECL), ACF Fiorentina, terpaksa menerima hakikat bahawa mereka gagal menjulang trofi berkenaan selama dua musim berturut-turt.
Pada edisi lepas, mereka dikalahkan di pentas akhir kejohanan UECL oleh pencabar daripada Liga Perdana Inggeris (EPL), West Ham United selepas penyerang, Jarrod Bowen, menghadiahkan gol kemenangan di minit akhir permainan.
Last year: Fiorentina lose the Europa Conference League final after conceding to West Ham in the 90th minute This year: Fiorentina lose the Europa Conference League final after conceding to Olympiacos in the 116th minute Damn ? pic.twitter.com/znUPeB3krI
— B/R Football (@brfootball) May 29, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kini, kelab dari Serie A itu menerima nasib yang sama apabila terlepas peluang bergelar juara selepas berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir dua kali berturut-turut bertemu Olympiacos, awal pagi tadi.
Pemain Maghribi, Ayoub El Kaabi, membuat peminat setia Fiorentina berputih masa sekali lagi susulan jaringan minit akhir aksi penting itu untuk membawa pulang trofi berprestij ke bumi Greece buat kali pertama dalam sejarah.