Skip to main content

Bola Sepak

UECL: Cole Palmer tidak dibayangi kegagalan sepakan penalti

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

palmer.jpg
Enzo Maresca percaya Cole Palmer tidak akan terjejas atas kegagalan sepakan penaltinya yang gagal dalam kemenangan ke atas Leicester City hujung minggu lalu.

Tendangan penaltinya diselamatkan oleh Mads Hermansen dan menjadi kegagalan pertamanya selepas 13 percubaan, selali gus menamatkan rekod penalti 100 peratusnya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL). 

Ini bermakna pemain antarabangsa England itu kini gagal menjaringkan gol dalam mana-mana sembilan perlawanan terakhir.

Namun, Maresca tidak mempedulikan pemain berusia 22 tahun itu.




"Sudah tentu, Cole akan terlepas lebih banyak penalti," kata pengurus Chelsea itu menjelang pertemuan dengan Copenhagen dalam Liga Persidangan Europa (UECL), awal pagi esok. 

"Saya tidak mempunyai sebarang keraguan bahawa pada masa akan datang dia akan terlepas lebih banyak penalti tetapi dia juga menyumbat lebih banyak sepakan penalti. 

"Saya tidak fikir ia memberi kesan negatif kepadanya."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video