Skip to main content

Bola Sepak

UECL: Chelsea mahu kembali disegani

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

maresca.jpg
Enzo Maresca berkata menjuarai Liga Persidangan Europa (UECL) akan membuktikan bahawa "Chelsea sudah kembali", menjelang perlawanan separuh akhir kedua menentang Djurgarden, awal pagi esok. 

The Blues dijangka akan mara jauh dalam pertandingan ini dan sedang meniti jangkaan itu setakat ini apabila memenangi 10 daripada 11 perlawanan untuk sebelah kaki ke final.

Anak buah Maresca itu mempunyai bekalan 4-1 ke atas Djurgarden selepas pertemuan pertama di Sweden, minggu lalu, sambil berharap perjuangan mereka perlu diteruskan di Stamford Bridge.

"Ia sangat penting bagi kami atas sebab-sebab yang berbeza," katanya kepada pemberita dalam sidang media praperlawanan.


 

"Apatah lagi kami mahu kelab ini terus memenangi trofi. Memenangi trofi akan menjadi satu kenyataan tegas bahawa Chelsea sudah kembali.

"Jika kami bermain dalam Liga Persidangan, ia adalah kerana kami memang layak berada di sini. Dan jika kami bermain dalam kancah ini maka satu-satunya trofi yang anda boleh menangi ialah gelaran Liga Persidangan. 

"Saya rasa ia adalah titik permulaan yang baik."


 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video