CHELSEA 3 COPENHAGEN 1
Kiernan Dewsbury-Hall berkata adalah menjadi satu tindakan yang kurang bijak untuk Chelsea tidak mengakui bahawa mereka merupakan pasukan pilihan dalam Liga Persidangan Europa (UECL) selepas mara ke suku akhir.
Dewsbury-Hall menyumbat gol tunggal perlawanan ketika Chelsea menewaskan Copenhagen 1-0 dalam perlawanan kedua pusingan 16 di Stamford Bridge awal pagi tadi untuk memuktamadkan kemenangan agregat 3-1.
Enzo Maresca merehatkan beberapa nama besar untuk permainan itu dengan Cole Palmer, Reece James dan Marc Cucurella masuk sebagai gantian, manakala Genesis Antwi, 17, pula membuat penampilan sulungnya.
Chelsea merupakan pilihan utama untuk memenangi pertandingan peringkat ketiga UEFA itu.
Dan ketika bercakap dengan TNT Sports selepas perlawanan, Dewsbury-Hall berkata Chelsea tidak boleh mengabaikan realiti itu.
"Chelsea telah memenangi Liga Juara-Juara, Liga Europa jadi adalah bodoh bagi kami untuk mengatakan kami tidak mampu memenanginya," kata bekas pemain Leicester City itu.
"Ia bukan kerana kami angkuh, namun kami sedar kualiti yang kami ada dalam skuad ini.
"Copenhagen merupakan pasukan yang bagus tetapi kami gembira untuk mengatasinya."

Into the next round! ✊#CFC | #UECL pic.twitter.com/wBDbDPnhP2
— Chelsea FC (@ChelseaFC) March 13, 2025