Kapten Chelsea, Reece James, percaya The Blues kini dijangka untuk menjuarai Liga Conference Europa selepas melangkah ke final.
Skuad kendalian Enzo Maresca bakal bertemu Real Betis di Wroclaw 28 Mei ini selepas jaringan Kiernan Dewsbury-Hall memberikan kemenangan 1-0 ke atas Djurgarden, 5-1 secara agregat.
Ia merupakan final pertama Chelsea sejak menjulang Liga Juara-Juara pada musim 2020-21, mengatasi Manchester City 1-0 ketika di bawah kendalian Thomas Tuchel.
James merupakan satu-satunya pemain yang kekal daripada pasukan Chelsea yang menakluk Eropah di Porto empat tahun lalu, dan berazam untuk menambah koleksi gelaran.
"Kami gembira. Kami layak ke satu lagi perlawanan akhir, tetapi ia mungkin sesuatu yang kami jangkakan akan datang ke dalam saingan ini, dan kami menjangkakan untuk memenangi pertandingan itu juga," kata James.
"Memenangi trofi itu adalah satu pencapaian yang besar. Kami sudah pasti di landasan yang tepat.
“Kami semakin hampir layak ke Liga Juara-Juara musim depan, jadual padat, dan saya tidak ragu-ragu.
"Kami mempunyai keputusan yang baik menentang Liverpool, dan diharapkan kami dapat mengekalkan momentum dan menamatkan musim ini dengan kuat."