Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Youssoufa Moukoko terlepas uji Chelsea

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

moukoko.jpg
Youssoufa Moukoko akan terlepas perlawanan ketika Borussia Dortmund menghadapi Chelsea dalam Liga Juara-Juara (UCL) selepas perlu berehat kira-kira enam minggu gara-gara kecederaan buku lali.

Pemain berusia 18 tahun itu terpaksa digantikan oleh Sebastien Haller dalam babak pertama kemenangan 2-0 di Werder Bremen, hujung minggu lalu. 

Moukoko disahkan terkoyak ligamen 'syndesmosis' dan dijangka perlu diketepikan hingga akhir bulan depan.

Pengarah Sukan Dortmund, Sebastian Kehl, berkata: "Ini adalah berita yang sukar buatnya dan juga kami, khususnya dalam tempoh getir ini. 

 

"Kami masih menaruh harapan tetapi malangnya dia akan diketepikan seketika."

Pemain remaja itu dijangka terlepas perlawanan pertama pusingan 16 Dortmund menentang The Blues, awal pagi Khamis ini, dan perlawanan timbal balik di Stamford Bridge pada 8 Mac depan.


Pertembungan dengan RB Leipzig merupakan antara perlawanan Bundesliga tanpa kelibat pemain antarabangsa Jerman itu tetapi pengurus Dortmund, Edin Terzic, sudah pasti inginkan Moukoko cergas apabila bertandang ke kandang pendahulu, Bayern Munich, hujung bulan ini sebelum melayani kunjungan kelab di tangga kedua, Union Berlin, seminggu kemudian.

Anak buah Terzic itu ketinggalan tiga mata di belakang Bayern untuk menguasai kedudukan ketiga sambil telah mencetak enam kemenangan berturut-turut sejak kempen musim ini disambung semula.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video