CHELSEA 8 VLLAZNIA 0
Sam Kerr menjaringkan empat gol ketika Chelsea membelasah Vllaznia 8-0 bagi mengekalkan permulaan sempurna mereka dalam saingan Kumpulan A, Liga Juara-Juara (UCL) Wanita di Kingsmeadow awal pagi tadi.
Pernille Harder turut menjaringkan hatrik sambil Katerina Svitkova menjaringkan satu lagi gol pada lewat permainan untuk The Blues meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) minggu lalu.
Kerr hanya memerlukan sejam untuk menjaringkan empat gol, di mana tiga daripadanya merupakan penyudah jarak dekat sambil satu daripadanya pula dihasilkan melalui tandukan susulan sepakan penjuru Guro Reiten.
Chelsea kini berkelebihan dua mata di tangga teratas selepas Real Madrid terikat tanpa jaringan dengan PSG dalam satu lagi perlawanan di Estadio Alfredo Di Stefano.

? The latest Group A and Group B standings...
— UEFA Women’s Champions League (@UWCL) October 26, 2022
How is your team doing? ?#UWCL pic.twitter.com/eHqxFea5I0