Bukayo Saka menjelaskan, "inilah tempat kami berada" selepas Arsenal kembali ke landasan kemenangan dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) dengan kemenangan gemilang 5-1 mengatasi Sporting di Estadio Jose Alvalade.
Pasukan Mikel Arteta beraksi baik sepanjang perlawanan, dalam aksi yang dilihat sukar di tempat lawan itu, apabila Gabriel Martinelli, Kai Havertz, Gabriel, Saka dan Leandro Trossard mencetak nama selaku penjaring.
Untuk rekod, The Gunners mencatatkan banyak gol di Sporting seperti yang berjaya mereka lakukan dalam lapan perlawanan di tempat lawan dalam UCL sebelum ini sekaligus mengangkat mereka ke tangga ketujuh dalam kedudukan terkini peringkat kumpulan.
"Kami telah menunjukkan tahap yang kami boleh bermain," kata Saka. “Kami tahu mereka tidak tewas di sini musim ini tetapi kami percaya pada diri sendiri.
"Semua orang adalah yang terbaik, saya sangat berbangga dengan semua rakan pasukan saya hari ini."
Zaki Zainal
Wed Nov 27 2024