Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Unai Emery tagih pengalaman Asensio-Rashford bantu Aston Villa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aston.jpg
Pengurus Aston Villa, Unai Emery, percaya gandingan Marco Asensio dan Marcus Rashford yang berpengalaman di pentas Eropah mampu memacu arah tuju pasukannya dalam usaha untuk mara ke pusingan seterusnya dalam kempen Liga Juara-Juara UEFA (UCL).

Villa meningkatkan kekuatan jentera serangan dengan membawa masuk Asensio dan Rashford, dengan masing-masing dari Paris Saint-Germain dan Manchester United pada jendela perpindahan lalu.

Malah, gandingan duo itu telah membuktikan kredibiliti mereka dengan Rashford dengan melakukan sebanyak tiga kali bantuan jaringan buat Asensio yang telah menjaringkan empat gol.


 


"Kami menambah pemain berpengalaman di Eropah dan dalam kejohanan ini. Biasanya, mereka adalah pemain yang bermain di peringkat tertinggi yang boleh banyak membantu kami.

"Proses yang mereka lakukan, secara beransur-ansur menyesuaikan diri dengan pasukan, berjalan dengan lancar.

"Kami tidak akan mencapai objektif kami hanya melalui individu sahaja. Kami akan mendapatkan secara kolektif, membina struktur pasukan kami sekuat yang mungkin." katanya.

Villans akan meneruskan cabaran kempen UCL berdepan Club Brugge dalam aksi pertama pusingan 16 terbaik di tempat lawan, awal pagi esok.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video