Unai Emery menggesa Aston Villa agar tidak terlalu selesa meskipun membawa kelebihan selesa dalam perlawanan pertama pusingan 16, Liga Juara-Juara UEFA (UCL) selepas menewaskan Club Brugge 3-1, awal pagi tadi.
Villa membuka jaringan terlebih dahulu menerusi Leon Bailey pada awal permainan, namun kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Maxim De Cuyper menyamakan kedudukan dengan penyudah berkualiti.
Perlawanan tampak bakal berakhir dengan keputusan seri sebelum Villa memanfaatkan detik-detik akhir untuk mengukuhkan kedudukan.
Brandon Mechele memberikan kelebihan buat Vilains apabila tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-82, sebelum Marco Asensio menambah satu lagi gol menerusi sepakan penalti sekali gus meletakkan Villa dalam posisi selesa menjelang aksi timbal balik nanti.
Namun, sepanjang perlawanan, Emery kelihatan beremosi di tepi padang, sehingga menerima kad kuning atas tindakannya.
Walaupun memiliki kelebihan dua gol, pengendali dari Sepanyol itu menegaskan bahawa pasukannya masih belum boleh dianggap selesa meski sebelah kaki semakin hampir untuk mara ke peringkat suku akhir.
"Perlawanan ini sangat penting dan penuh cabaran. Matlamat kami adalah untuk bersaing sehabis baik, dan itulah yang para pemain tunjukkan hari ini," kata Emery.
"Sudah tentu, kami boleh bermain dengan lebih baik, tetapi kadangkala daya saing yang lebih tinggi penting untuk mencapai matlamat. Hari ini, kami berjaya melakukannya.
"Kehebatan individu dan prestasi setiap pemain sangat penting untuk pasukan. Jaringan Leon Bailey hari ini adalah sesuatu yang luar biasa. Kami telah bermain selama 90 minit hari ini, tetapi kami masih ada 90 minit lagi yang perlu dilalui." katanya.