UCL

UCL: Ubi muda pacu Arsenal mara ke pusingan 16 terbaik

Saufi Tahir 30/01/2025 | 00:33 MYT
GIRONA 1 ARSENAL 2
Ethan Nwaneri menjadi watak penting walaupun baru berusia 17 tahun selepas menjaringkan gol kemenangan Arsenal untuk menewaskan Girona 2-1 serta mara ke pusingan 16 terbaik, Liga Juara-Juara UEFA (UCL) di Montilivi, awal pagi tadi.
Arsenal memperoleh kemenangan keenam mereka daripada lapan perlawanan untuk menamatkan kempen UCL di kedudukan ketiga dalam carta liga sekali gus mengelak daripada memasuki pusingan kalah mati.
Anak buah Mikel Arteta mendominasi perlawanan di tempat lawan itu, namun pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Anaut Danjuma yang mudah menewaskan Neto untuk pasukan tuan rumah mendahului 1-0.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, Jorginho menyamakan kedudukan dengan sepakan penalti klinikal selang 10 minit kemudian susulan kekasaran Arnau Martinez ke atas Thomas Partey, sebelum Nwaneri meletakkan The Gunners di hadapan dengan sepakan lencongnya untuk menewaskan penjaga gol Girona.
Kedudukan itu kekal hingga wisel penamat dengan Arsenal menang 2-1.
Untuk rekod, ini merupakan kali kedua Arsenal bolos terlebih dahulu dalam aksi di tempat lawan saingan UCL, tetapi mendahului dalam separuh masa sejak melakukannya dalam kemenangan 2-1 di Montpellier pada 2012.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Nwaneri menjadi penjaring gol Inggeris kedua termuda dalam sejarah UCL dengan Jude Bellingham pula hanya 25 hari lebih muda apabila dia menjaringkan gol pertamanya.
#bola sepak #Arsenal #UCL #Ethan Nwaneri