UCL: Trio Mbappe-Vinicius-Bellingham pacu kemenangan Real Madrid tumbangkan Atalanta
Saufi Tahir
Disember 11, 2024 11:57 MYT
Disember 11, 2024 11:57 MYT
Real Madrid mengesahkan kemenangan 3-2 Liga Juara-Juara (UCL) yang diperlukan Atalanta dengan Kylian Mbappe, Vinicius Junior dan Jude Bellingham menjadi tonggak penting memacu dua kemenangan berturut-turut Los Blancos.
Mbappe hanya memerlukan 10 minit untuk jaringan pembukaan selepas merembat deras bola menewaskan Marco Carnesecchi untuk mendahului 1-0.
Namun, Charles de Ketelaere berjaya menyamakan kedudukan kembali menerusi sepak penalti apabila Aurelien Tchouameni tersepak kaki Sead Kolasinac daripada belakang sekali gus menutup babak pertama dengan terikat 1-1.
10 - Real Madrid have won a Champions League group stage match by attempting so few shots (10) for the first time since November 2016 against Sporting CP under Zinedine Zidane (also 10). Effectiveness. pic.twitter.com/BMZKcAnswt
— OptaJose (@OptaJose) December 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Vinicius dan Bellingham menambah derita Atalanta dalam separuh masa kedua dengan masing-masing menyumbat gol buat Madrid, walaupun Ademola Lookman cuba merapatkan jurang tetapi kawalan penuh yang didominasi pasukan pelawat memastikan mereka tewas 2-3 di laman sendiri.
Gol Mbappe buat Madrid itu merupakan jaringan ke-50 dalam pentas UCL.
Untuk rekod, pada usia 25 tahun 356 hari Mbappe merupakan pemain kedua termuda yang mencapai kejayaan itu selepas Lionel Messi yang melakukan pencapaian serupa ketika berusia 24 tahun 284 hari.
Gol Mbappe buat Madrid itu merupakan jaringan ke-50 dalam pentas UCL.
? Oh là là !@KMbappe | #UCL pic.twitter.com/ewVmWbHXng
— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) December 10, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Madrid memastikan mereka melakar kemenangan pertama di tempat lawan dalam saingan UCL sejak menewaskan RB Leipzig 1-0 dalam pusingan 16 terakhir musim lalu.