Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Thomas Tuchel desak Bayern Munich kekal dengan perkara positif

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kane.jpg
Pengurus Bayern Munich, Thomas Tuchel, mendesak pasukannya untuk 'kekal dengan perkara positif' menjelang pertemuan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Copenhagen awal pagi esok.

Kenyataan itu disuarakannya susulan aksi hambar Bayern ketika menentang RB Leipzig, di mana mereka melepaskan dua gol dalam tempoh enam minit separuh masa pertama.

Kapten England, Harry Kane, merapatkan kedudukan sebelum Leroy Sane memanfaatkan peluang untuk Bayen mendapatkan satu mata dengan gol penyamaannya dan Tuchel menegaskan mereka hanya perlu mengambil pendekatan positif menjelang perlawanan awal pagi esok.

"Kami menganalisis semuanya dan membuat kesimpulan, yang mana kami bincangkan sesama pasukan," katanya pada sidang media sebelum perlawanan.

"Kami cuba membuat perancangan dan mengisinya dengan lebih banyak intipati lebih baik. Kami masih mencari cara untuk hadapi permainan dengan cara yang lebih positif. Kami akan kekal dengan perkara yang positif.”

Perlawanan seterusnya buat Bayern adalah menentang naib juara Liga Denmark, iaitu Copenhagen, yang meraih satu mata ketika menentang Galatasaray dalam perlawanan pembukaan mereka.

Bercakap mengenai perlawanan itu, Joshua Kimmich menyokong kenyataan pengurusnya,dan menambah bahawa Bayern perlu mengekalkan tumpuan terhadap tugas mereka.

“Kami tidak berada dalam permainan kami semasa menentang Leipzig, terutama dalam separuh masa pertama, memudahkan lawan dengan terlalu banyak kesilapan mudah,” katanya dalam sidang media.

“Perkara itu tidak boleh berlaku esok. Kami perlu meneruskan perlawanan dengan tumpuan penuh selama 90 minit dan saya percaya kami akan memenangi perlawanan itu.”

Bayern Munich memulakan kempen UCL bulan lalu dengan kemenangan 4-3 ke atas Manchester United di Allianz Arena.

Namun, satu tugas yang sukar buat mereka di Copenhagen, di mana pasukan dari Denmark itu seri dalam semua perlawanan UCL di halaman mereka sendiri musim lalu.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video