UCL
UCL: Terima kasih Dortmund kerana percayakan saya -- Jadon Sancho
DORTMUND 2 PSV 0
(Dortmund dengan agregat 3-1)
Jadon Sancho berterima kasih kepada Borussia Dortmund atas kepercayaan yang dintujukkan terhadapnya selepas dia membantu gergasi Jerman itu mara ke suku akhir Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.
Dortmund terikat 1-1 dalam perlawanan pertama pusingan 16 di PSV Eindhoven dan jaringan Sancho selepas hanya tiga minit usia permainan menyaksikan mereka mengukuhkan kedudukan.
Iklan
Pemain sayap itu, yang kembali ke kelab berkenaan secara pinjaman daripada Manchester United pada jendela perpindahan Januari lalu menemui penyudah menerusi satu percubaan leret.
Marco Reus kemudian melengkapkan kemenangan itu dalam separuh masa kedua apabila memastikan kemenangan agregat 3-1 yang menyaksikan Dortmund mara ke suku akhir buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun.
Sancho -- yang menyertai United dalam perjanjian £72 juta pada 2021 -- hanya membuat tiga penampilan buat pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut musim ini selepas berselisih dengan pengurus, Erik ten Hag.
Jaringan itu meneruskan rentaknya sejak kembali selepas turut merakamkan gol dalam kemenangan 2-1 ke atas Werder Bremen, hujung minggu lalu.
"Saya sentiasa mendapat tempat istimewa di Borussia Dortmund," katanya kepada TNT Sport.
— Borussia Dortmund (@BVB) March 13, 2024
"Di sinilah tempat saya mengukir nama.
"Saya perlu berterima kasih kepada mereka malah kepada rakan sepasukan saya kerana menaruh kepercayaan terhadap saya. Saya hanya gembira kerana kami mencapai kemenangan pada hari ini.
"Menjelang sepak mula, kami sedar perlawanan ini akan menjadi sukar, namun saya rasa kami mampu mengawal perlawanan ini, kami sentiasa mempunyai kelebihan kerana kami bermain di hadapan penyokong sendiri.
"Dari awal permainan lagi, apa yang saya tahu daripada perbincangan di bilik persalinan, kami berjaya melaksanakannya. Dari wisel pertama hingga akhir, kami berpegang teguh kepada taktikal dan saya gembira kerana kami memperoleh kemenangan.
Must-Watch Video