MANCHESTER CITY 3 RB LEIPZIG 2

Phil Foden menghasilkan satu jaringan dan dua bantuan gol untuk membantu Manchester City menewaskan RB Leipzig 3-2 dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadium Etihad awal pagi tadi.

City sudahpun mengesahkan kelayakan ke pusingan 16 sambil Leipzig juga akan mengiringi mereka selaku pasukan kedua terbaik Kumpulan G.

Separuh masa pertama menyaksikan pelawat mendominasi perlawanan dengan dua jaringan awal Lois Openda, yang juga merupakan penjaring tunggal dalam aksi terakhir menentang City.

Tanpa menunggu lama, Foden mencetuskan perubahan apabila dia memberikan umpan kepada Haaland pada awal separuh masa kedua untuk jaringan yang menyaksikan pemain Norway itu menjadi pemain terpantas mencapai 40 gol dalam pertandingan berkenaan -- hanya dalam 35 penampilan.

Selepas membantu jaringan pembukaan City, Foden menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-70 dan menambah detik berharga dengan membantu pemain gantian, Julian Alvarezmenjaringkan gol kemenangan pada minit ke-87, sekaligus memastikan skuad kendalian Pep Guardiola itu terus mengungguli tangga teratas kumpulan G.