UCL: Real Madrid perlu ulangi aksi cemerlang di Stamford Bridge
Ammar Hakim
April 14, 2023 11:56 MYT
April 14, 2023 11:56 MYT
Carlo Ancelotti gembira dengan kemenangan 2-0 Real Madrid menentang Chelsea tetapi menegaskan mereka mesti bersedia untuk 'berjuang dan berkorban' pada perlawanan kedua di Stamford Bridge.
Madrid kelihatan bersedia untuk mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara untuk musim ketiga berturut-turut selepas mereka mengatasi skuad kendalian Frank Lampard di Santiago Bernabeu.
Gol daripada Karim Benzema dan Marco Asensio melengkapkan persembahan dominan daripada penyandang juara, yang akan bertandang ke London untuk perlawanan timbal balik minggu depan.
Kekalahan itu menyaksikan Chelsea tanpa jaringan dalam empat perlawanan dalam semua kejohanan, tetapi Ancelotti menegaskan bahawa Los Blancos perlu bekerja keras untuk menyelesaikan tugas itu pada perlawanan kedua.
"Saya tahu bola sepak dengan sangat baik dan pemain saya faham bahawa kami mempunyai 90 minit lagi untuk bermain, dan ia akan menjadi sukar, dan kami perlu bersedia," katanya kepada BT Sport.
"Kami menang 2-0, kami mengambil kesempatan daripada perlawanan ini, tetapi ia belum selesai.
"Chelsea adalah pasukan yang bagus dengan pemain yang bagus, dan kami perlu berjuang dan berkorban di Stamford Bridge.
"Ini adalah perkara biasa -- ia adalah suku akhir daripada Liga Juara-Juara.
"Kami berpuas hati dengan permainan ini, ia adalah perlawanan yang bagus, dan kini kami fokus pada perlawanan seterusnya."
⚽️ The gentlemen's' game ⚽️#UCL pic.twitter.com/9cJfaU6pHP
— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) April 12, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.