Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Real Madrid hilang khidmat Vinicius Junior berdepan Liverpool di Anfield

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

vini.jpg
Penyereng berbisa Real Madrid, Vinicius Junior, bakal terlepas perlawanan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) berdepan Liverpool pada Khamis ini selepas disahkan mengalami kecederaan otot kaki.

Dia bakal diketepikan sekurang-kurangnya selama tiga minggu sekali gus menyaksikan dia akan terlepas  tujuh perlawanan dalam semua kejohanan termasuk pertemuan menentang Athletic Bilbao dan Atalanta.

Pemain kelahiran Brazil itu beraksi sepanjang 90 minit ketika membantu Los Blancos membenam Leganes 3-0 dalam saingan LaLiga dengan Kylian Mbappe membuka jaringan awal pasukan pelawat.


 


"Berikutan pemeriksaan yang dijalankan hari ini ke atas Vinicius oleh Perkhidmatan Perubatan Real Madrid, dia telah disahkan mengalami kecederaan pada biceps femoris di kaki kirinya," kata Madrid dalam satu kenyataan rasmi.

Dia yang turut dikenali sebagai Vini Jr menyertai senarai kecederaan panjang kelabnya bersama pemain utama seperti Rodrygo, Eder Militao, Dani Carvajal, Lucas Vazquez, Aurelien Tchouameni dan David Alaba.



 


Skuad kendalian Carlo Ancelotti itu kini berada di tangga kedua dalam kedudukan LaLiga dengan 30 mata selepas 13 perlawanan dengan empat mata dibelakang pendahulu -Barcelona dengan 34 mata- yang telah beraksi lebih satu perlawanan.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video