Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Ramos pacu kemenangan Benfica, mara ke suku akhir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

goncalo-ramos_1dzvvoujniksh1nhxt2sdem54q.jpg
Benfica mara ke suku akhir Liga Juara-Juara apabila dua gol Goncalo Ramos membantu memastikan kemenangan 5-1 di tempat sendiri dalam perlawanan kedua ke atas Club Brugge.

Rafa Silva, Joao Mario dan David Neres turut menemui sasaran ketika Benfica mengetepikan sebarang harapan untuk kebangkitan Brugge dengan aksi cemerlang di Estadio da Luz awal pagi tadi, mengesahkan kemenangan agregat 7-1.

Pasukan kendalian Scott Parker berdepan tugas berat selepas mengalami kekalahan 2-0 pada perlawanan pertama, dan menghadirkan beberapa peluang bagi menceriakan suasana seketika buat pelawat.

Usaha Brugge untuk bangkit dilenyapkan apabila Silva menyamakan kedudukan sebelum Ramos meledak gol kedua Benfica.

Ramos menggandakan jaringannya untuk menjadikan kedudukan 3-0 dan Joao Mario menambah gol keempat dari sepakan penalti selepas Gilberto dijatuhkan oleh Abakar Sylla.

Neres melepasi Simon Mignolet untuk melengkapkan kemenangan, dengan gol saguhati Bjorn Meijer menjadi satu-satunya kecacatan dalam persembahan Benfica.
 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video