UCL: PSG tak jamin turunkan Kylian Mbappe
Shaiful Shamsudin
Mac 5, 2024 08:38 MYT
Mac 5, 2024 08:38 MYT
Pengurus Paris St Germain (PSG), Luis Enrique, enggan menawarkan Kylian Mbappe jaminan tentang minit permainan dalam Liga Juara-Juara (UCL).
Penyerang itu dilaporkan mengelak daripada diturunkan dalam separuh masa pertama ketika PSG seri tanpa jaringan dengan Monaco, Sabtu lalu, setelah digantikan sejurus sejam permainan ketika seri dengan Rennes pada seminggu sebelumnya.
Ditanya apakah harapan yang disandarkan ke atas Mbappe dalam perlawanan timbal balik di Real Sociedad awal pagi esok, Enrique memberitahu sidang akhbar: "Saya menjangkakan pasukan saya akan mencapai tahap persembahan yang diharapkan dan menghampirinya dengan cara yang kami peragakan sepanjang musim.
The Rouge et Bleu will train at 6:30pm (CET), on the eve of the second leg in the @ChampionsLeague. #RSOPSG I #UCL ✨ https://t.co/I5oDESyi72 pic.twitter.com/HW9CJXee3e
— Paris Saint-Germain (@PSG_English) March 4, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya dapat lihat sebuah pasukan penuh keyakinan dan kami mempunyai sasaran yang jelas iaitu cuba memenangi perlawanan.
"Kami mahu menewaskan Real Sociedad di tempat lawan, namun ia pastinya amat sukar."