Skip to main content

Bola Sepak

UCL: PSG memang berhak layak ke separuh akhir -- Luis Enrique

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

psg.jpg
VILLA 3 PSG 2
(PSG mara dengan agregat  5-4)

Luis Enrique percaya Paris Saint-Germain (PSG) berhak menang ke atas Aston Villa dalam perlawanan kedua suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) walaupun menerima tentangan sengit daripada Villa.


PSG memasuki perlawanan kedua di Villa Park awal pagi tadi itu dengan mendahului 3-1 secara agregat, dan pelawat mempamerkan kebangkitan dengan Achraf Hakimi menjaringkan gol pembukaan.

Nuno Mendes kemudian menggandakan kelebihan PSG biarpun Youri Tielemans sempat mengurangkan defisit gol selepas tamat setengah jam.

Separuh masa kedua sengit yang menyaksikan serangan jarak jauh John McGinn mengekalkan harapan Villa. 

Giliran Marcus Rashford pula dengan cemerlang mencipta umpanan kepada Ezri Konsa untuk meletakkan tuan rumah di hadapan.

Tetapi nasib tetap tidak menyebelahi skuad bimbingan Emery berikutan kekentalan pertahanan PSG.

Bercakap kepada Amazon Prime selepas perlawanan, pengurus PSG, Luis Enrique, lantas memuji anak buahnya termasuk Villa atas persembahan mantap mereka itu, namun dia tetap menegaskan bahawa pelawat lebih berhak mara ke separuh akhir.

“Kami memulakan permainan dengan hebat apabila menjaringkan dua gol menakjubkan, cuba memanfaatkan ruang,” katanya.

 

"Usah kita lupa, ini adalah Liga Juara-Juara dan pasukan lain juga berkualiti tinggi dan Aston Villa bermain dengan keamatan tinggi.

“Tetapi rumusan daripada keseluruhan dua perlawanan ini, kami memang berhak menang.

“Saya sangat gembira kerana saya boleh menawarkan penyokong satu lagi kejayaan mara ke separuh akhir.”

Advertisement

Must Watch Video