Skip to main content

Bola Sepak

UCL: PSG cabaran terhebat Liverpool -- Arne Slot

arneslot.jpg
Ketua jurulatih Liverpool, Arne Slot, mengakui bahawa Paris Saint-Germain (PSG) adalah salah satu pasukan terbaik di dunia menjelang pertemuan mereka dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi nanti.

Pengendali kelahiran Belanda memimpin The Reds mendaki puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dan menamatkan saingan UCL di tempat pertama peringkat kumpulan.

Namun, dia menegaskan bahawa tiada ruang untuk berasa selesa kerana PSG berada dalam prestasi luar biasa, mencatatkan 18 kemenangan dalam 22 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan.

Slot menekankan kepentingan tertentu menjelang aksi itu dan mengakui bahawa dia teruja untuk berdepan dengan pasukan yang memiliki gaya permainan hampir sama dengan Liverpool.

"Jika anda bermain untuk Liverpool, anda pasti mahu beraksi dalam perlawanan besar. 

 

"Kami perlu menerima undian ini dan kedua-dua pasukan bakal berdepan perlawanan yang sukar.

"PSG adalah salah satu pasukan terkuat di Eropah, saya rasa semua orang setuju dengan itu. 

"Ia adalah perlawanan yang menarik untuk dinantikan. 

"Kedua-dua pasukan menjaringkan banyak gol dan gemar menguasai bola. 

"Terdapat banyak persamaan antara kami," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video