Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Potter puji aksi cemerlang Chelsea selepas sah ke pusingan 16

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

graham-potter-and-mason-mount.png
SALZBURG 1 CHELSEA 2

Pengurus Chelsea, Graham Potter, memuji aksi cemerlang yang dipamerkan pasukannya untuk layak ke pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) berbaki satu perlawanan peringkat kumpulan.

The Blues mengesahkan kelayakan ke pusingan kalah mati UCL dengan menewaskan Salsburg 2-1 di Arena Red Bull awal pagi tadi hasil jaringan Mateo Kovacic dan Kai Havertz, yang mengapit gol Junior Adamu buat Salzburg.

Chelsea memulakan saingan Kumpulan E dengan kekalahan 0-1 di tangan Dinamo Zagreb sehingga mengakibatkan bekas pengurus, Thomas Tuchel, dipecat tetapi di bawah bimbingan Potter, mereka bangkit mengumpulkan 10 mata daripada empat perlawanan, termasuk menewaskan AC Milan dan Salzburg di laman lawan, sekali gus menduduki tangga teratas.

"Saya amat berpuas hati, ia bukan sesuatu yang mudah untuk menang di sini seperti yang anda lihat rekod yang mereka ada dan kualiti pasukan mereka.

"Kami perlu bermain baik dan saya fikir kami telah melakukannya.

"Kami mencipta beberapa peluang yang baik dalam babak pertama dan amat tidak bernasib baik tidak dapat mendahului lebih daripada 1-0.

"Dan disebabkan satu tindakan, dengan kualiti di peringkat ini, ia menjadi 1-1.

"Saya fikir respons kami amat baik, jadi saya amat gembira kami layak, gembira dengan persembahan pemain kami, Saya fikir mereka amat luar biasa malam ini.

"Untuk layak dengan berbaki satu perlawanan merupakan sesuatu yang cemerlang jika memikirkan di mana kami bermula dalam kejohanan ini," katanya.
 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video