Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Phil Foden kembali jelma prestasi terbaik bintangi Man City

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

phil-folden.jpg
MAN CITY 4 DORTMUND 1 

Pep Guardiola percaya Phil Foden hampir kembali ke tahap terbaiknya selepas menyumbangkan dua gol untuk Manchester City dalam kemenangan 4-1 ke atas Borussia Dortmund di Stadium Etihad, awal pagi tadi. 


Jaringan berganda daripada pemain England itu serta gol oleh Erling Haaland dan Rayan Cherki memastikan kemenangan besar barisan kendalian Guardiola itu dalam Liga Juara-Juara (UCL). 

Dan Guardiola gembira melihat Foden kembali mencetak jaringan selepas melalui musim lalu yang sukar.

“Musim ini dia kembali,” kata pengurus itu. 

“Bukan sahaja Phil, kami semua bergelut musim lalu dan ia boleh berlaku.

"Tetapi ya, apabila Phil berada di tahap terbaiknya, bermain di antara garisan dan di ruang keci.




“Selagi Phil gembira dan ketawa dan menikmati permainannya, anda tidak perlu banyak berkata bahawa dia seorang pemain yang istimewa.

“Tetapi kami memerlukan sentuhan penyudahnya dan semoga hari ini menjadi titik tolaknya. 

“Sebelum perlawanan penting (menentang Liverpool pada awal pagi Isnin) adalah mustahak untuk dia kembali menemui rentaknya. 

"Dia pemain kelas atasan dan kami sangat merindui kelibatnya terutama kegembiraannya."

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Topik Berkaitan

Must Watch Video