BOLA SEPAK
UCL: Persaingan buatkan anda lebih klinikal -- Ferran Torres
Ferran Torres bercakap mengenai persaingan merebut tempat di Barcelona selepas turun daripada bangku simpanan untuk menjaringkan gol dan membantu dalam kemenangan Liga Juara-Juara ke atas Viktoria Plzen awal pagi tadi.
Pemain antarabangsa Sepanyol itu hanya bermula sekali musim ini tetapi memberi impak dalam Liga Juara-Juara selepas masuk selama 25 minit terakhir.
Torres mengumpan Lewandowski dan kemudian menjaringkan gol pertamanya musim ini dengan sepakan voli selepas menerima hantaran daripada Ousmane Dembele.
"Kepulangan ke saingan Liga Juara-Juara, pasukan ini telah berusaha dengan baik dan memperoleh tiga mata penting," katanya.
“Anda perlu memanfaatkan peluang yang diberikan oleh jurulatih kepada anda kerana anda tidak tahu bila peluang seterusnya.
“Persaingan menjadikan anda pemain yang lebih baik, ia membuatkan anda belajar dan ia membuatkan anda sentiasa berwaspada. Saya fikir ia akan menjadi positif untuk pasukan.”
Ferran menghadapi persaingan bagi mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama dengan Raphinha, Dembele, Ansu Fati, dan Memphis Depay dan beberapa pemain lagi.
Bagaimanapun, dia mungkin hanya memberi Xavi sesuatu untuk difikirkan dengan penampilannya menentang Viktoria Plzen.