UCL: Perkara istimewa boleh berlaku di Stamford Bridge -- Lampard janji Chelsea belum mengalah

Muzaffar Musa
April 13, 2023 11:09 MYT
Pengurus sementara Chelsea, Frank Lampard, percaya mereka mampu menterbalikkan defisit 0-2 di belakang Real Madrid dalam suku akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stamford Bridge minggu depan.
The Blues tewas 0-2 kepada Madrid dalam aksi pertama di Santiago Bernabeu awal pagi tadi, di mana mereka terpaksa menamatkan perlawanan itu dengan 10 pemain selepas Ben Chilwell dibuang padang.
Jaringan Karim Benzema dan Marco Asensio menyaksikan pasukan lawan bimbingan Carlo Ancelotti itu akan membawa kelebihan selesa menjelang aksi timbal balik di London minggu depan.
Bagaimanapun, Lampard yakin pasukannya memiliki apa yang diperlukan untuk mengubah nasib mereka dengan berkata mereka hanya memerlukan keyakinan diri terhadap kemampuan untuk melakukannya.
"Saya berbangga dengan 10 pemain saya," katanya kepada BT Sport.
"Saya fikir dengan 10 pemain, mereka membuka kelemahan kami. Terdapat beberapa perkara yang bagus tetapi keputusannya adalah realiti.
"Saya memberitahu pemain (di dalam bilik persalinan) bahawa perkara istimewa boleh berlaku di Stamford Bridge.
"Mereka pasukan yang bagus tetapi kami hanya perlu percaya," katanya.

Thanks for your support here in Madrid and around the world tonight, Blues. ?#UCL pic.twitter.com/mIF0CytN1l

— Chelsea FC (@ChelseaFC) April 12, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Chelsea #Real Madrid #Frank Lampard #Liga Juara-Juara Eropah
;