UCL

UCL: Penantian panjang Celtic berakhir manis

Syifa Nasir 14/12/2023 | 02:49 MYT
Brendan Rodgers menarik nafas lega apabila skuad kendaliannya berjaya menembusi halangan Liga Juara-Juara (UCL) dengan kemenangan 2-1 ke atas Feyenoord dalam perlawanan terakhir di Parkhead, awal pagi tadi.
Selepas berhempas pulas selama 30 minit, akhirnya tirai jaringan dibuka oleh Luis Palma menerusi sepakan penalti pada minit ke-33.
Biarpun selesa mendahului perlawanan sepanjang separuh masa pertama tetapi benteng pertahanan Celtic akhirnya dirobek oleh pemain sayap kanan pasukan lawan, Yankuba Minteh, pada minit ke-82.
Tidak mahu terikat 1-1, Rodgers segera melakukan pertukaran dengan kemasukkan pemain gantian, Gustaf Lagerbielke, yang jelas memberi impak apabila jaringan gol kemenangan dilakukan pada minit kecederaan bagi memastikan kemenangan pertama Celtic dalam 16 perlawanan kumpulan UCL.
“Perlawanan ini membuktikan cabaran sebenar dalam liga ini. Tetapi kami sudah berazam untuk memperbaiki rekod pasukan sebelum perlawanan berakhir. .
“Saya sangat gembira dengan peningkatan prestasi semua pemain terutama di tempat sendiri, kami telah menunjukkan bahawa kami mampu bersaing di peringkat tinggi tetapi sudah tentu kami perlu buktikannya dengan mendapatkan keputusan yang baik.
“Kami berharap dapat melayakkan diri musim depan dan meneruskannya dengan segar dan pemain boleh memperoleh keyakinan mengetahui mereka boleh menang di peringkat ini, katanya lagi.
#sepak #“Liga #“Bola #Juara-Juara #“Celtic
;