Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Peminat Newcastle United kena tikam di Milan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

newcastle.jpg
Newcastle melahirkan kebimbangan terhadap laporan bahawa seorang peminat mereka ditikam di Milan, awal pagi tadi. 

Seorang peminat berusia 58 tahun diserang oleh sekumpulan lelaki di pusat bandar menjelang sepak mula perlawanan Liga Juara-Juara (UCL) di antara Magpies dengan AC Milan. 

Gambar yang disiarkan di atas talian memaparkan seorang lelaki dengan badan berlumuran darah sedang terbaring di atas tanah.

Jurucakap Newcastle berkata: “Kami gusar dengan laporan bahawa seorang penyokong kami telah diserang dengan teruk di Milan dan kami sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengetahui keadaan sebenar.

"Kami simpati dengan penyokong dan keluarga mereka dan kami berharap mangsa segera pulih sepenuhnya."

Milano Today melaporkan bahawa lelaki itu yang telah ditikam dua kali di lengan serta sekali di bahagian belakang badan telah dibawa ke hospital di mana keadaannya beransur pulih.

Kedua-dua pasukan sekadar mencatat keputusan tanpa jaringan dalam pertemuan di San Siro itu. 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video