Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Oblak mohon maaf kepada penyokong selepas Atletico tersingkir

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jan-oblak-atletico-madrid.jpg
ATLETICO MADRID 2 BAYER LEVERKUSEN  2

Jon Oblak percaya penyokong Atletico Madrid layak mendapatkan sesuatu yang lebih baik selepas Los Rojiblancos tersingkir daripada Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.

Atletico tersingkir di peringkat kumpulan buat kali pertama sepanjang lima tahun ini selepas terikat 2-2 dengan Bayer Leverkusen di Civitas Metropolitano, di mana sepakan penalti Yannick Carrasco pada lewat permainan diselamatkan Lukas Hradecky.

Oblak menegaskan bahawa kegagalan itu perlu dipikul sepenuhnya pemain Atletico selepas Porto membelasah Club Brugge 4-0 dalam perlawanan terdahulu menyaksikan mereka tiada pilihan selain menewaskan Leverkusen untuk mengesahkan kemaraan daripada saingan Kumpulan B itu.

"Ia cara yang kejam (untuk disingkirkan). Inilah bola sepak," kata penjaga gol itu kepada Movistar+.
 
"Kami sudah melakukan segala-galanya untuk menang tetapi keputusan dalam perlawanan lalu telah menghukum kami.

"Kami tidak mendapat sedikit tuah yang kami perlukan.

"Kami hanya boleh mengucapkan terima kasih setulus hati kepada penyokong kami. Mereka layak menerima sesuatu yang jauh lebih baik. Pasukan ini berasa amat bersalah.

"Ia kesalahan seluruh pasukan ini. Dan bukan sahaja dalam perlawanan kali ini tetapi juga perlawanan-perlawanan lalu.

"Amat mengecewakan apabila kami tidak dapat meneruskan saingan dalam UCL," katanya.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video