Virgil van Dijk menyelamatkan maruah juara Liga Perdana Inggeri (EPL), Liverpool, apabila jaringan pada minit akhirnya berjaya menghadiahkan kemenangan buat kelab itu dalam perlawanan pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL), awal pagi tadi.
Bermain di tempat sendiri, The Reds mendahului seawal minit keempat menerusi Andrew Robertson untuk kedudukan 1-0.
Dan skuad kendalian Arne Slot itu terus menunjukkan permainan berkualiti di hadapan peminat tempatan tatkala giliran pemain kebangsaan Mesir, Mohamed Salah, pula menambah derita Atletico Madrid untuk jaringan kedua.
Namun, pasukan lawan berhasil merapatkan jurang 1-2 selepas Marcos Llorente menghidupkan peluang untuk bersaing dalam aksi pembukaan di Anfield tersebut.
Jaringan penyamaan hadir pada minit ke-81 dan Llorente sekali lagi menembusi gawang Alisson Becker untuk jaguh LaLiga itu pulang dengan harapan besar membawa satu mata.
Tetapi, Virgil van Dijk memastikan kemenangan mutlak menjadi miliki Liverpool dengan gol minit akhirnya membuat Atletico Madrid terpaku dan terpaksa menerima kenyataan kekalahan sejurus wisel penamat dibunyikan.
Sementara itu, juara Piala Dunia Kelab, Chelsea, yang bertandang ke Allianz Arena seperti mimpi ngeri susulan tumpas 1-3 kepada tuan rumah, Bayern Munich.
Satu jaringan daripada penyerang England, Cole Palmer, tidak mencukupi untuk mengikat permainan apabila rakan senegaranya, Harry Kane, menjadi wira Munich untuk mendapatkan tiga mata penuh.

What a night! ?#UCL pic.twitter.com/5ZdPheQnlQ
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) September 17, 2025