Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Nagelsmann terkejut PSG beraksi pasif ketika ditewaskan Bayern

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

psg.jpg
Julian Nagelsmann dan Bayern Munich terkejut apabila mereka dibenarkan untuk mendominasi permainan sebelum mencatatkan kemenangan 1-0 ke atas PSG dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.

Bayern bertandang ke Paris untuk aksi berdepan PSG, yang turun dengan meletakkan Kylian Mbappe di bangku pemain simpanan.

Bayern jelas menguasai keseluruhan perlawanan sehinggalah Mbappe dibawa masuk, tidak lama selepas Kingsley Coman menjaringkan gol tunggal perlawanan itu.

Juara Bundesliga berkenaan menguasai 57.5 peratus permainan dalam babak pertama dan melakukan 10 percubaan berbanding hanya satu dilakukan PSG.

Selain itu, sepakan percuma Lionel Messi dalam waktu kecederaan merupakan percubaan tepat pertama paling lewat pernah direkodkan dalam UCL sejak musim 2003-04.

Walaupun tanpa kelibat Mbappe dalam kesebelasan utama PSG, ketua jurulatih Bayern, Nagelsmann, menjangkakan tentangan lebih sengit daripada pasukan itu memandangkan mereka beraksi di laman sendiri.

"Kami beraksi dengan amat baik sepanjang 25 minit pertama, menguasai penuh permainan. Kami boleh bermain dengan lebih ke arah gol.

"Anda dapat rasakan yang kami amat terkejut kerana kami dapat menguasai bola sepenuhnya dan Paris kelihatan tidak terlalu mahu melakukannya.

"Saya sedar mereka sentiasa bertahan jauh ke bawah tetapi fakta bahawa mereka amat pasif, amat ke bawah dan tidak mahu memenangi bola agak mengejutkan saya," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video