Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Milan mara ke suku akhir buat kali pertama dalam tempoh 11 tahun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

milan.jpg
Milan mengikat Tottenham seri tanpa jaringan awal pagi tadi untuk mengekalkan kelebihan 1-0 daripada perlawanan pertama dan mara ke suku akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 11 tahun.

Jaringan Brahim Diaz pada perlawanan pertama memberikan Milan sesuatu untuk dilindungi di Stadium Tottenham Hotspur dan mereka melakukannya dengan tepat.

Kedua-dua pasukan tidak berjaya melakukan percubaan ke sasaran pada separuh masa pertama dan, manakala Spurs menunjukkan lebih terdesak dalam separuh masa kedua, tidak menghadirkan kualiti yang mencukupi untuk mengatasi Milan.

Spurs, yang kehilangan khidmat Cristian Romero kerana dibuang padang 11 minit sebelum tamat perlawanan, kini telah tersingkir dari Liga Juara-Juara serta Piala FA pada minggu lalu.
 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video