Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Mikel Arteta tetap positif selepas seri di Emirates

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

artetaa.jpg
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, percaya pasukannya masih boleh menewaskan gergasi Jerman, Bayern Munich, selepas mengakui pasukannya berada paras bawah selepas undian pusingan pertama suku akhir Liga Juara-Juara (UCL).

Jaringan lewat Leandro Trossard manjadikan kedudukan 2-2 di Emirated selepas gol daripada Serge Gnabry dan Harry Kane membatalkan gol pembukaan awal oleh Bukayo Saka.

 

Ini bermakna semua keputusan bergantung pada aksi perlawanan di Munich minggu depan dan dia berkata pada TNT Sports.

"Saya mempunyai banyak kepercayaan bahawa kami boleh melangkah jauh dan mengalahkan mereka di sana. Kami perlu membuat persediaan dengan rapi.

"Kami menjaringkan gol yang sangat berkualiti. Kami berikan pihak lawan menjaringkan gol kedua, jika anda melakukan kesilapan anda akan dihukum.

"Banyak perkara hari ini kami tidak dapat lakukan mengikut perancangan biasa kami dan itu membolehkan mereka mendapat ruang untuk berlari dan ia sangat berbahaya.

"Di UCL, jika anda memberikan sesuatu, meraka akan menerimanya." katanya. 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video