ARSENAL 2-0 OLYMPIACOS
Arsenal meneruskan rentak kemenangan dalam kempen Liga Juara-Juara (UCL) 2025/26 selepas mencipta kemenangan kedua mengatasi Olympiacos 2-0 di Stadium Emirates, awal pagi tadi.
Pasukan pelawat memberikan saingan sengit sepanjang permainan, namun pemain sayap lincah kelahiran Brazil, Gabriel Martinelli memastikan The Gunners mendahului seawal minit ke-12 untuk The Gunners selesa dihadapan 1-0 dalam menutup babak pertama.
Keputusan itu kekal sehingga penghujung perlawanan apabila rembatan deras Bukayo Saka menewaskan Konstantinos Tzolakis sekali lagi selepas menerima hantaran daripada Martin Odeegard sekali gus mengesahkan kemenangan 2-0 menjadi milik Arsenal.
Untuk rekod, aksi itu merupakan perlawan pertama Saka selepas bergelut dengan masalah kecederaan hamstring sebelum ini.
Kemenangan itu meletakkan skuad kendalian Mikel Arteta itu di kedudukan kelima dalam carta kedudukan dengan enam mata selepas dua kemenangan, manakala Olympiacos di tangga ke-29.
"Hari ini kami memutuskan untuk menukar enam pemain kerasa saya mahu semua pemain terlibat dan berasa mereka sebahagian daripada ini." kata pengurus, Arteta.

Martin Ødegaard impresses ?#UCL | #POTM pic.twitter.com/zRHwnjEz2o
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) October 1, 2025