Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Manchester City tagih penyerang seperti Erling Haaland -- Ederson

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

haaland.jpg
Erling Haaland merupakan seorang penyerang yang ditagih Manchester City dan rakan sepasukannya, Ederson, menangkis tanggapan bahawa pemain Norway itu sekadar menjaringkan gol mudah.

Haaland telah menyumbangkan 32 gol dalam 31 penampilan untuk City sejak berpindah daripada Borussia Dortmund tahun lalu.

Dia merobek gawang seteru Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak 26 kali, tetapi dengan City bergelut untuk mengetepikan Arsenal dan Manchester United dalam perlawanan getir telah mengundang kritikan terhadap pemain berusia 22 tahun itu. 

Pemain legenda Arsenal, Thierry Henry, mencadangkan pemain Tottenham, Harry Kane, mungkin lebih sesuai buat City sementara bekas pertahanan Liverpool, Jamie Carragher, berkata Haaland mungkin telah tersilap memilih kelab.

Bagaimanapun, Ederson percaya Haaland sangat sesuai buat City walaupun dia mengakui anak buah Pep Guardiola itu masih perlu menyesuaikan diri dengan gaya permainan yang diterapkan. 

"Apabila dia tiba, kami berkata dia akan menjaringkan banyak gol dan ia telah pun dicapai. 

"Dia seorang penjaring yang berbisa, dia sentiasa melihat ruang untuk menjaringkan gol dan membantu pasukan," kata Ederson kepada UEFA.com.

 


"Dia adalah seorang penyerang yang kami perlukan kerana jika dibandingkan dengan Gabriel Jesus, mereka merupakan pemain yang berbeza. 

"Gabi gemar menyusup dari luar, dia lebih kuat dan serba boleh. Haaland pula menjurus kepada bermain di bahagian tengah serangan, mencari ruang untuk masuk ke dalam kotak penalti. Dia menjadi pemain sasaran di kawasan itu.

"Itulah perbezaan utama. Apabila anda memasuki sepertiga akhir, anda perlu mempunyai seseorang yang akan sentiasa menyelinap di bahagian berkenaan.

"Ramai orang mengatakan kebanyakan gol yang dijaringkannya adalah mudah tetapi itu adalah satu pembohongan. 

"Ia disebabkan posisinya yang merupakan kemampuan terbaiknya. Dia tidak menjaringkan gol mudah, dia meletakkan dirinya dengan sangat baik.

"Saya harap dia terus menjaringkan banyak gol, membuatkan kami gembira dan kami akan terus bekerjasama untuk merebut segala kejuaraan."

City kembali beraksi dalam Liga Juara-Juara (UCL) apabila akan bertandang RB Leipzig untuk perlawanan pertama pusingan 16 pada awal pagi Khamis ini yang menyaksikan Haaland berbekalkan 28 gol menerusi 23 penampilan dalam kancah itu. 

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video