Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Manchester City pasukan paling mantap di dunia-- Fabio Capello

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fabio-capello.jpg
Fabio Capello menganggap Manchester City adalah pasukan terbaik di dunia tatkala skuad kendalian Pep Guardiola itu bersedia untuk menghadapi perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) menentang Real Madrid.

Ia merupakan pertemuan ulangan separuh akhir tahun lalu yang menyaksikan City tersingkir secara dramatik di Bernabeu apabila Real menjelmakan kebangkitan yang menakjubkan untuk mendominasi masa tambahan.

Trofi UCL adalah satu-satunya trofi yang setakat ini gagal dikecapi Guardiola dalam tempoh hampir tujuh tahun bersama City.

Bercakap dalam Anugerah Laureus awal pagi tadi, bekas ketua jurulatih England, Capello, menjelaskan bahawa dengan gabungan penyerang prolifik, Erling Haaland,  mereka kini muncul pasukan terbaik di planet ini. 

Dia berkata: “Saya rasa City adalah pasukan terbaik di dunia. Tahun ini berbeza. 



“Tahun lalu, (mereka) tiada penyerang berwibawa dan tahun ini anda mempunyai seorang penyerang yang sangat penting. Bukan ini sahaja -– mereka mempunyai barisan 24 pemain.

“Apabila mereka membuat pertukaran, pemain handalan yang akan dimasukkan. Di Real Madrid, saya rasa mereka mempunyai 14, 15 pemain hebat. 

"Mereka mungkin akan sedikit letih (selepas memenangi Copa del Rey) tetapi mereka mempunyai jurulatih terbaik di dunia, Carlo Ancelotti."

Bekas pengurus Real Madrid itu menambah: “Carlo tahu segala-galanya tentang perlawanan pembukaan dan dia akan membuat persediaan rapi. 

"Saya menaruh harapan kepada Carlo, kita akan menang.”

Advertisement

Must Watch Video