Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Manchester City kekal falsafah permainan -- Ederson

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ederson.jpg
Penjaga gol Manchester City, Ederson, tidak akan mengubah pendekatan permainannya dengan memilih jalan selamat dalam final Liga Juara-Juara (UCL).

Keupayaan kawalan bola pemain antarabangsa Brazil itu bermaksud dia turut berpenanan penting apabila memulakan gerakan dari bahagian belakang tetapi apabila pasukan lawan memberi tekanan tekan gaya itu, kadangkala taktikal seperti itu boleh mengundang padah.

Biarpun sebarang kesilapan di Istanbul hujung minggu ini mampu menentukan hasil prestasinya sepanjang musim ini, Ederson tetap tidak gentar untuk mengambil langkah berani ketika menghadapi Inter Milan kelak. 

“Kami perlu terus bermain dengan cara yang sama seperti sebelum ini. 




"Kami tidak boleh mengubahnya hanya kerana kami beraksi dalam final,” katanya. 

“Kami perlu mempunyai personaliti untuk beraksi, menguasai bola, mencari ruang hantaran. 

"Sudah tentu kesilapan adalah sebahagian daripada risiko menjadi penjaga gol, pertahanan malah seluruh pasukan.

“Kami berdepan kesilapan, sama ada ia berlaku dalam perlawanan pertama musim ini atau yang terakhir, tetapi kami perlu mengekalkan personaliti yang sama untuk beraksi.”

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video