Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Manchester City bayar harga mahal hilang khidmat John Stones

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

guardiola.jpg
MAN CITY 3 YOUNG BOYS 0 

Pertahanan Manchester City, John Stones, berdepan rehat panjang selepas mengalami kecederaan dalam perlawanan Liga Juara-Juara (UCL) menentang Young Boys, awal pagi tadi. 


Pemain antarabangsa England itu terpaksa digantikan ketika rehat dalam pertemuan di Stadium Etihad itu. 

Sehubungan itu, Guardiola menyifatkan kehilangan Stones sebagai berita yang amat buruk biarpun City mengesahkan tempat mereka ke pusingan 16 buat musim ke-11 berturut-turut menerusi kemenangan 3-0.

Guardiola berkata: “Ia melibatkan kecederaan otot. Dia tercedera jadi dia perlu berehat seketika. 


 

"Malang buatnya kerana dia seorang yang cukup profesional. 

“Dia cuba meneruskan permainan tetapi ia menjadi berita buruk buat kami. Ia merupakan satu berita yang cukup perit pada malam ini.”

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video