UCL

UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest

Ammar Hakim 11/02/2025 | 23:18 MYT
Dua gol Ousmane Dembele bantu Paris St Germain meraih kemenangan pertama aksi play-off Liga Juara-Juara (UCL) 3-0 ke atas Brest.
Dalam pertembungan dua kelab Perancis menyaksikan PSG mendahului menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Vitinha dan tuan rumah memiliki peluang terbaik menerusi Abdallah Sima dalam separuh masa pertama, termasuk tandukan yang menggegar palang gol.
Bagaimanapun, Dembele bertindak sebagai pemisah dengan meledak dua gol untuk merekodkan jaringan keenam dalam saingan UCL.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Ousmane Dembele #Brest #UCL #Liga Juara-Juara #Paris St Germain
;