Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Mac Allister, Mohamed Salah bantu Liverpool benam Bologna

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

salah.jpg
LIVERPOOL 2 BOLOGNA 0

Liverpool melakar dua kemenangan dalam dua perlawanan saingan Liga Juara-Juara (UCL) selepas menewaskan Bologna 2-0 di Stadium Anfield, awal pagi tadi.

Alexis Mac Allister dan Mohamed Salah menjAdi watak penting dalam membantu The Red meraih dua kemenangan berturut-turut selepas menewaskan AC Milan 3-1 dalam aksi pertama sebelum ini.

Skuad kendalian Arne Slot memecah kebuntuan pada minit ke-11 apabila Mac Allister mengatur larian sempurna untuk mengemudi hantaran lintang daripada Salah sekali gus menewaskan Lukasz Skorupsi untuk mendahului 1-0.


 

Darwin Nunez berpeluang mencetak nama selaku penjaring tetapi jaringannya dinafikan selepas berada dalam posisi ofsaid.

Walaupun Bologna agresif mengatur serangan dalam separuh masa kedua tetapi sepakan lencong Salah pada minit ke-75 sekali lagi menewaskan penjaga gawang Bologna untuk menoktahkan kemenangan kedua buat pasukan tuan rumah.

Salah menjadi pemain Liverpool pertama yang menjaringkan gol dalam lima perlawanan berturut-turut di tempat sendiri dalam saingan UCL.

Liverpool mencatat kemenangan ke-11 berturut-turut di Anfield dalam kejohanan utama di peringkat Eropah, serta menjaringkan sekurang-kurangnya dua gol dalam setiap 10 aksi terakhir mereka. 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video