Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Luis Enrique arkitek kejayaan PSG -- Hakimi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

luis-enrique.jpg
Achraf Hakimi menabik Luis Enrique selepas Paris Saint-Germain (PSG) menempah tiket ke final Liga Juara-Juara (UCL) menerusi kemenangan agregat 3-1 ke atas Arsenal.

Juara Ligue 1 yang memburu kejuaraan 'treble' itu akan menentang Inter di Munich, 1 Jun depan, sekali gus mengakhir penantian trofi idaman tersebut berikutan kemenangan 2-1 ke atas The Gunners, awal pagi tadi. 

PSG, yang menang 1-0 dalam perlawanan pertama minggu lalu, melebarkan kelebihan mereka dalam perlawanan itu hasil jaringan Fabian Ruiz pada minit ke-27 di Parc des Princes.

Walaupun David Raya menyelamatkan sepakan penalti Vitinha, tuan rumah akhirnya mendahului Arsenal pada minit ke-72 menerusi sepakan lenciong Hakimi.

Bukayo Saka menambah debaran di hujung perlawanan tetapi kemudian mensia-siakan peluang besar untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan. 

Luis Enrique, 55, akan menyasarkan untuk menjulang trofi itu buat kali kedua, 10 tahun selepas membimbing Barcelona menikmati kejayaan di Berlin. 

"Ia satu pencapaian luar biasa. Apabila anda melihat suasananya, kami bekerja keras untuk detik ini," kata Hakimi kepada Canal+.

 

"Ramai yang tidak menaruh kepercayaan kepada kami tetapi kami bekerja keras. Kami bagaikan sebuah keluarga, kami berhak menikmati detik ini. Buat semua peminat, masyarakat Paris, keluarga kami, semua orang yang menyokong kami.

"Kami sangat berbangga dengan perlawanan ini. Luis Enrique melaksanakan satu tugas yang luar biasa. 

"Sejak dia tiba di PSG, dia mengambil masa setahun untuk membina sebuah pasukan yang hebat. 

"Terdapat banyak usaha di sebalik semua itu. Dia seorang yang genius."


 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Topik Berkaitan

Must Watch Video