Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Liverpool suka dalam duka

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

psv.jpg
PSV EINDHOVEN 3 LIVERPOOL 2

Liverpool menamatkan saingan Liga Juara-Juara UEFA (UCL) di kedudukan teratas carta walaupun kehilangan rekod sempurna tanpa kalah dalam kejohanan itu susulan ditewaskan PSV Eindhoven 3-2 di Stadium Philips, awal pagi tadi.

Skuad kendalian Arne Slot hanya memerlukan satu mata untuk menamatkan saingan di puncak carta liga, dengan keputusan seri 2-2 Barcelona berdepan Atalanta menyaksikan The Reds muncul pendahulu dalam kejohanan itu.

Cody Gakpo menjaringkan gol pembukaan terlebih dahulu selepas Federico Chiesa dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Joey Veerman, sebelum Johan Bakayoko menjaringkan gol penyamaan selang tujuh minit kemudian untuk kedudukan 1-1.



 

Begitupun, Liverpool sekali lagi mendahului apabila sepakan deras Chiesa ditepis untuk memberikan peluang buat Harvey Elliott menewaskan Walter Benitez dan meletakkan namanya seelaku penjaring kedua pasukan pelawat.

Selang lima minit kemudian, Ismael Saibiri, menyamakan kedudukan untuk menewaskan Caoimhin Kelleher, dan Ricardo Pepi memastikan PSV mendahului buat kali pertama untuk menutup babak pertama dengan mendahului 3-2.

PSV berjaya mempertahakan kedudukan itu untuk meraih tiga mata penuh menewaskan Liverpool sekali gus mendaki ke tangga ke-14 liga, dan akan berdepan AC Milan dalam pusingan kalah mati nanti.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video