Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Liverpool hilang khidmat Federico Chiesa berdepan Bologna

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chiesa.jpg
Pengendali Liverpool, Arne Slot, mengesahkan pemain sayap berbisa, Federico Chiesa, mengalami kecederaan dalam sesi latihan dan akan terlepas aksi berdepan Bologna dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) di Stadium Anfield, esok.

Hasrat pemain berusia 26 tahun itu untuk turun ke padang menentang wakil kelab dari negaranya tidak kesampaian dengan Slot juga tidak dapat mengesahkan tempoh kepulangan pemain itu daripada kecederaannya lagi.

"Chiesa berlatih bersama kami semalam, tetapi hari ini dia hadir dengan beberapa masalah dan saya tidak menjangkakan dia akan berada dalam pasukan esok.


 

"Perkara yang kasihan adalah dia menantikan saingan UCL di Anfield terutamanya berdepan kelab dari Itali. 

Ketika ditanya mengenai tempoh masa kecederaan Chiesa, Slot menjawab: 'Itu sukar kerana ia baru berlaku semalam, tetapi saya tidak menjangkakan (kecederaan) dia akan ambil masa yang lama." katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video