UCL
UCL: Lewandowski seperti 'hadiah' kepada Barcelona, kata Sergi Roberto



Sergi Roberto memuji persembahan penyerang, Robert Lewandowski, selepas pemain baru itu meraih hatrik pertama buat Barcelona ketika meraih kemenangan 5-1 ke atas Viktoria Plzen dalam saingan Liga Juara-Juara.
Pemain kebangsaan Poland itu kini telah meraih lapan gol dalam lima perlawanan buat skuad kendalian Xavi, dan Roberto turut menyukai apa yang dilakukan penyerang itu di Camp Nou.
“Sejujurnya, kedatangannya merupakan seperti hadiah yang bermakna buat kami. Dia menjaringkan banyak gol dan selain itu, dia merupakan seorang yang sangat profesional serta menakjubkan," katanya.
“Kami terlah berbincang mengenai kepentingan memenangi perlawanan pertama dan menunjukkannya dalam perlawanan ini.
“Ini baru sahaja permulaan, musim masih panjang, jadi kami semua sudah bersedia. Kami memiliki skuad yang lengkap dan mereka semua berada dalam keadaan yang baik.
“Perlawanan ini cukup istimewa, sejak mula lagi semua orang kelihatan teruja."
Roberto memulakan permainan di bek kanan untuk Barcelona tetapi keluar pada separuh masa. Pemain berusia 30 tahun itu digantikan oleh Gerard Pique yang membuat penampilan pertamanya musim ini menentang Viktoria Plzen.