LEIPZIG 1 MAN CITY 1
Marco Rose menggesa Josko Gvardiol agar terus menyarung jersi RB Leipzig musim depan dalam usaha pengurus itu cuba menyekat godaan daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) terhadap bek tengah itu.
Pemain yang dilaporkan menjadi idaman Chelsea itu membantu wakil Jerman tersebut mengikat Manchester City 1-1 dalam pertembungan pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL) di Red Bull Arena, awal pagi tadi.
Pertahanan Croatia itu sebelum ini menamakan Liverpool sebagai destinasi impiannya selepas mempamerkan aksi mengagumkan dalam kempen Piala Dunia disamping bekas bintang The Reds, Dejan Lovren.
Bagaimanapun, Rose menegaskan pemain berusia 21 tahun itu akan kekal bersama Leipzig di sebalik mempamerkan potensi mengekang skuad kendalian Pep Guardiola berkenaan.
"Josko Gvardiol masih merupakan pemain RB Leipzig pada musim depan," katanya kepada TV 2 Sport selepas aksi pertama itu.
"Saya adalah jurulatih dan saya menuntutnya.
"Dia gembira di sini. Dia menyuarakan hasrat untuk bermain dalam EPL tetapi dia tidak menyatakan bila."

RB Leipzig 1-1 Man City: Man City looked comfortable at half-time, but a poor second half means that this #UCL tie is level heading into the second leg at the Etihad Stadium next month. pic.twitter.com/QyINoab9tr
— Opta Analyst (@OptaAnalyst) February 22, 2023