Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Lazio kejutkan Bayern Munich

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lazio.jpg
LAZIO 1 BAYERN MUNICH 0

Harry Kane hanya dapat memberikan sedikit impak ketika minggu suram Bayern Munich bertukar buruk apabila tewas 0-1 kepada Lazio dalam aksi pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadio Olimpico awal pagi tadi.

Jaringan Ciro Immobile dalam babak kedua menjadi pemisah aksi berkenaan, sekali gus menambah tekanan buat ketua jurulatih Bayern, Thomas Tuchel, selepas tewas 0-3 kepada pencabar kejuaraan, Bayer Leverkusen, 0-3, hujung minggu lalu.

Kapten England, Harry Kane, yang hanya memerlukan satu lagi gol untuk mencapai 50 jaringan peringkat Eropah, kelihatan kurang menyentuh bola sepanjang perlawanan berkenaan.

Dayot Upamecano terlebih dahulu dilayangkan kad merah kerana terjahan lewatnya ke atas Gustav Isaksen pada minit ke-67 sebelum Immobile menyudahkan sepakan penalti berkenaan dengan menewaskan Manuel Neuer.

Kedua-dua pasukan itu akan kembali bertemu dalam aksi timbal balik di Arena Allianz awal bulan depan.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video