Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Kesilapan tidak masuk akal Mings punca Club Brugge musnahkan rekod bersih Aston Villa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

brugge.jpg
CLUB BRUGGE 1 ASTON VILLA 0

Kesilapan daripada kelalaian Tyrone Mings membawa padah buat Aston Villa apabila tewas 0-1 kepada Club Brugge dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Jan Breydelstadion awal pagi tadi.

Villa memenangi kesemua tiga perlawanan pertama UCL musim ini tetapi rekod bersih itu akhirnya musnah di Belgium.

Kesilapan tidak masuk akan yang dilakukan Mings menyaksikan Villa dikenakan sepakan penalti pada awal babak kedua.

Penampilan pertama Mings di pentas terbesar itu dipalit dengan kesilapan besar, di mana dia mengutip bola daripada hantaran penjaga gol, Emiliano Martinez, kerana menyangkakan ia bukan lagi dalam permainan.

Pengadil kemudian memberikan tuan rumah sepakan penalti, yang disahkan menerusi semakan video bantuan pengadil (VAR), sebelum Hans Vanaken memanfaatkan peluang itu untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-52.

Kemenangan itu menyaksikan Brugge melonjak ke tangga ke-23 UCL dengan enam mata manakala Aston Villa, yang merupakan pendahulu minggu lalu, tergelincir ke tangga kelapan dengan sembilan mata.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video