UCL: Kelebihan tiga gol Manchester City runtuh dalam tempoh 15 minit, oh Gvardiol...
Muzaffar Musa
November 27, 2024 12:47 MYT
November 27, 2024 12:47 MYT
MANCHESTER CITY 3 FEYENOORD 3
Manchester City mensia-siakan kelebihan tiga gol untuk diikat Feyenoord 3-3 dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadium Etihad awal pagi tadi.
Pasukan bimbingan Pep Guardiola itu turun beraksi selepas tewas lima perlawanan terakhir dalam semua pertandingan tetapi mereka terlebih dahulu memiliki kelebihan selesa.
Erling Haaland menjaringkan gol berganda yang mengapit jaringan Ilkay Gundogan untuk City selesa mendahului tiga gol pada minit ke-53.
Bagaimanapun, siri kesilapan pertahanan menyaksikan mereka kehilangan kelebihan itu dalam tempoh 15 minit terakhir.
Kebangkitan Feyenoord bermula menerusi sentuhan Anis Hadj Moussa, yang memanfaatkan kesilapan Josko Gvardiol pada minit ke-75.
Berselang tujuh minit, Santiago Gimenez kemudian menjaringkan gol kedua pelawat dengan menyudahkan lintangan Jordan Latomba, sekali lagi gara-gara kesilapan hantaran Gvardiol.
David Hancko melengkakan kebangkitan luar biasa itu pada minit ke-89 selepas Igor Paixao mengatasi penjaga gol, Ederson, sebelum melakukan lintangan ke arah Hancko.
Dengan keputusan itu, City tergelincir ke tangga ke-15 liga 36 pasukan berkenaan, lima anak tangga dan satu mata di atas Feyenoord.