MILAN 0 INTER 2
Simone Inzaghi menegaskan Inter Milan masih mempunyai kerja yang perlu dilakukan untuk mara ke final Liga Juara-Juara (UCL) walaupun merakam kemenangan selesa 2-0 ke atas AC Milan dalam pertembungan separuh ahir.
Inter mengatasi musuh sekota itu apabila dua gol dalam tempoh 11 minit pertama menerusi Edin Dzeko dan Henrikh Mkhitaryan menguasai perlawanan di San Siro, awal pagi tadi.
Milan memperkemaskan permainan selepas rehat tetapi mungkin bernasib baik masih mampu mengelak defisit lebih besar oleh juara 2010 itu.
Inzaghi memberitahu Amazon Prime Video: “Kami berpeluang meledak lebih daripada dua gol tetapi ini satu perlawanan yang hebat.
"Kami pernah mengharungi beberapa pusingan, kami tahu kami berada di hadapan.
“Sekarang akan ada perlawanan timbal balik, peminat akan memberikan sokongan dan jelas sekali kami sedar bahawa kami masih perlu berusaha kesar untuk merealisasikan impian ini.
“Semalam, saya menuntut hati dan fikiran. Mereka menghambat setiap inci padang termasuk pemain gantian telah membantu kami.
“Begitulah persembahan seperti ini dilaksanakan. Sekarang adalah masa untuk bergembira tetapi kami tahu bahawa kami masih belum meraih apa-apa.”

The first leg is ours! ?#MilanInter 0-2 (FT) #ForzaInter #UCL pic.twitter.com/lLjLpVS3NM
— Inter (@Inter_en) May 10, 2023